Saturday, September 26, 2009

Nam bulan lagi Fara ~

Hye sume-sume,

Pertama-tama kalinya saya merajinkan diri untuk membina blog sendiri. Sebenarnya blog ini dilahirkan untuk mencatit segala perancangan untuk majlis kawen-kawen saya nanti. Haih,ada 6 bulan saja lagi ni. Sempat ke tak ye? Tsk. Sebenar-benarnya, mengikut perancangan, majlis kawen-kawen saya patutnya pada bln tujuh tahun depan, tapi Incik Tunang tidak semena-mena mahu percepatkan tarikh majlis kawen-kawen kami.uhuh.

trett trett

Saya : ello dear
Incik Tunang : ello yang. Bb, kite kawen bulan doblas ni jom?
Saya : (terkesima) manyak mainla lu b..uhuhu
Incik Tunang : Betul bb, kite kawen cepat nak?
Saya : Aiyakk, bia betul b?

...dan perbualan berpanjangan sehingga mencapai kata sepakat, bulan tiga. Sepakat lagi lepas bagitau mama-abahku. Kalau bulan doblas mau terduduk mereka. Tapi, elok lagi sebenarnya buat bulan tiga ni. tepat-tepat setahun kami tunang. Ok-ok, mulai saat dan detik ini, saya harus bertungkus-lumus dan menguatkan lagi usaha memprepare apa-apa yang patut untuk majlis kawen-kawen kami nanti. Wah! nam bulan saje lagi fara oi. Prepare kah anda? Ada,saya ada prepare..Kain baju nikah saje,beli kat Indonesia aritu. Itu saje. Banyak lagi nak kena fikir ni. Tsk.Tsk.

0 conteng-conteng:

Post a Comment