Friday, November 11, 2011

Eleven.Eleven.Eleven

Tarikh cantik. Tapi luck tak cantik sangat nampaknya harini. Pagi-pagi lagi masuk kerja dah buat ai sakit jantung. Airlines cancel group booking. Mau pengsan saya bila dapat tahu. Aish. Moga dapat balik seat-seat tu semua. Kemudian, kuku saya pulak patah. Hadeh. Kau pergi tarik stapler guna kuku kenapa? Kan dah dapat habuan? T____T


Fafi Tecik saya sekarang sudah sembilan bulan, masuk sepuluh bulan. Dari tau kuek-kuek je, sekarang sudah pandai merangkak,berdiri dan meniti dan menyepahkan barang dan menggigit HUHU.

Alhamdulillah, Fafi Tecik tak banyak ragam. Jarang menangis. Senang diuruskan. Mungkin ini yang difikirkannya. "Kesian mama, ayah outstation. Cahaya takmau susahkan mama la"

*Fafi Tecik bermain dengan kotak hp acu secara diam-diam*

*mula menyepahkan barang-barang acu. syhhh.. acu tatau ni*

*kantoi!haha*

Hari ini birthday kakak cantik a.k.a retis, Putri Indah Aerissa. Eleven Eleven Eleven. Eksaited buat kek ye semalam kakak?

Indah : Anyah, birthday Indah eleven eleven tau. Indah nak present.
Saya : Eh, kan anyah dah bagi Indah masa party haritu?
Indah: Ala. Kenape? Indah nak two.
Saya : *Pengsan*


*Retis Majalah. Senin ni kuar kat Astro Oasis pulak*


Okbai.


**Incik Asben sudah tiga minggu outstation ke Labuan. Entah bila dia akan balik. Balikla cepat. Fafi Tecik rindu. Bukan Fafi Tecik je rindu, mak Fafi Tecik yang terlebih rindu HUHU.

Wednesday, October 5, 2011

Bff

Harini saya nak stori pasal bff saya yang sangat saya sayangi. Bff saya ni sentiasa ada bila saya susah dan senang. Bila saya sedih memang beliau turut sedih, bila saya hepi, beliau turut hepi, n bila saya marah, beliau pon join sekaki. HAHA.

Bila saya ada masalah cinta pun dengan beliaulah saya rujuk, walaupun kekadang tak membantu sangat. HAHA. Bff saya ni dah cop nak jadi mama angkat fafi tecik sejak dari dalam perot lagi. Gedik sangat kan?

Bff saya ni adalah bff saya sejak dari zaman sekolah lagi. Banyak aktiviti yang kami buat bersama dari aktiviti bermanfaat ke aktiviti lagha. Tapi yang lagha tu beliau yang ajar, bukan saya. Kami masuk persatuan yang sama, pertandingan yang sama, ke sekolah, ke prep sama-sama. Kami selalu lambat ke surau jadi kami masbuk sama-sama. HUHU.

Bff saya ni tak boleh makan seafood, ikan pun beliau tak boleh makan. Kesian sangat. Tapi sekarang beliau degil, beliau makan juga.

Masa saya kawen dulu, banyak sangat yang beliau bantu saya, sehinggakan sanggup suapkan saya makan ketika saya memakai inai. Beliau jugalah yang ke sana ke mari ketika perkahwinan saya.

Saya ingat lagi ada satu ketika adalah perempuan gedik ni menggedik dengan Incik Asben saya, tapi saya tak tahu nak buat apa. Lalu beliaulah yang membantu saya mengemash perempuan gedik itu. HAHA.

Bff saya ni sudah bertunang dengan Incik Betul ( Mr Right) nya dan sedang tunggu hari besarnya.

Ai leb yu lah Bff, NOOR AZWIN BINTI JAAFAR! Nanti kawen kite duk umah dekat-dekat yee.



Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday - Girls Day Out






Yeay!!Berjaya jugak ada post bertajuk Wordless Wednesday!

Eh? Tak wordless dah? -.-'

Saturday, September 24, 2011

Memories


23/9/2011-Pacific Time-3.30 a.m -Written by Mr. Serious,

It's midnight and I only manage to sleep for 4 hours. Chatting with her as I can't go back to sleep.
Take a good long bath in the tub before I turn on my lappy to do my pending work. That is when I decide to write in her blog. I seldom share my opinion or stories to the world, but only to her. Its not that I'm a secretive person, I just don't think the world will really care about me. Being far away from home always makes me feel like this, longing for something that I'm not really sure about. The same climate here brings back memories from 2 years ago. Memories that I try to keep. It used to be vivid, but now as I'm growing older it becomes unclear by time. I do notice that I can't keep memories well nowadays, except for the bad one (what a curse). I wonder, Is this only happen to me? Is it normal for human to forget as they getting older? How much longer can I keep it? Will I still remember today in the next 5 years? I know some memories can be bought, but I can't afford it,yet. That is when I decide, I need to take a lots of pictures!

To my beloved wife, sorry for the forced entry to your blog. It takes me less than a minute to figure out your password. That prove how much I know you (and love you).

Now I know what is blogging really are


Don't scroll down as this is the end of my entry. Tchuss.


Tuesday, September 20, 2011

Oh Em Gee!


Omaigad omaigad. Lama betul saya tak update blog kesayangan saya ni.almaklumlah,ibu beranak satu, istri bersuami satu. HUHU. Memang kekurangan masa untuk berbelog ni.

Incik Belog: Siapa ya ini?bole saya tahu?

Puan Saya: Alaa incik belog. Suda tidak kenal sama saya? Alaa,wanita cun yang selalu mendampingi incik belog satu ketika dulu.

Incik Belog: Bluerghh.

Ok. Till then!

Itu je Puan Fara?

Monday, March 7, 2011

Tempoh Pantang Berakhir - Cahaya's 1st Outing - Stok EBM ^__^

Wooh! Tajuk yang panjang! Sukati akula -_-'

Wiwitt! Saya suda bebas! Mendeka! Perintah berkurung sudah pun berakhir 4 Mac yang lepas. Dan saya telah meraikan kemendekaan saya ini dengan kepci untuk lunch dan Subway untuk dinner. Perghh. Teda takut lagikah anda jika berat mencanak naik semula? Jawapannya TIDAK untuk masa ini! Saya ingin membalas dendam. HAHA.

Rasa lain bila meneruskan hari-hari yang mendatang tanpa nasi bersama ikan bilis, bertungku, berstokin. Heleh, nak bagitahu orang yang kau melakukan pantang dengan jayanya la?Jangan tipu la Puan Fara. -_-'

Ok, tukar tajuk.

Semalam hari pertama Cik Cahaya keluar berjalan-jalan. Mama Cahaya memberi alasan kepada Ayah Cahaya mahu bawa Cik Cahaya keluar bersiar-siar, walhal sebenarnya Mama Cahaya yang tergedik-gedik mahu keluar. Sebulan lebih oii,mana bole tahan.HUHU. Dan Mama Cahaya mula membalas dendam untuk kesekian kalinya dengan meng-ode Lasagna untuk lunch nya dan Tutti Frutti untuk minum petangnya. ^___^'

Cik Cahaya hanya tidur sepanjang perjalanan. See, bukan Cik Cahaya yang mahu keluar, Mamanya yang berlebih-lebihan. Cik Cahaya hanya bangun dua kali, iaitu ketika beliau mau nenen, ketika itulah Mama Cahaya mula bekejar mencari tempat BF dan ketika beliau pupu -_-'

Sila terhibur dengan gambar-gambar yang diambil.

Cik Cahaya berkarakter gangster ketika tidur dan Mama Cahaya berkarakter perasan cun ketika bergambar

Masih stay in character

Percaya sudah kan? Cik Cahaya hanya tidur sepanjang perjalanan.

Ok, bukan gambar anaknya yang lebih ditonjolkan di sini, tetapi emaknya. Kerana emaknya mula perasan cun dan kurus selepas bersalin ini, walhal masih gemok, tidak sedar diri. -_-'

Tukar tajuk.

Saya mula mengumpul stok EBM untuk Cik Cahaya sejak seminggu selepas bersalin lagi. Untuk kesenangan di hari muka. Dan Alhamdulillah, rezeki Cik Cahaya makin melimpah ruah. Dan tadi saya berjaya mengumpul ini dalam satu sesi:

Alhamdulillah Ya Allah! ^___^

Sudah Habis.

p/s: Saya sudah berjaya menurunkan berat badan 15 kg dalam masa 40 hari. Anda bagaimana? Sudahlah! memangla turun berat badan secara drastik lepas bersalin.pbbhht~

p/s/s: Incik Asben, sila jangan jeles kerana anda berobesiti sendirian. ^_____^

Thursday, February 17, 2011

Saya Kembali ^___^

Tehehee. Tehehee.

Baru nak hapdet kah Puan Fara? Tehehee. Malu la I. TOTOP MUKA

Baiklah. Sementara mempunyai masa-masa emas ini, marilah saya mulakan tugas menghapdet ini yang telah lama saya tinggalkan semenjak saya peknen lagi. Masa saya berbadan dua, hanya tiga post sahajayang telah saya buat. Siyes takde mud do.HAHA. Maka dengan ketiadaan mud itulah, tiada hapdet tentang perihal mengandung saya. Kesian kan? Rasa menyesal la pulak.HUHU.

Banyak nak cerita ni. Saya stori satu-satu ya? ^___^

Cerita Pertama : Introducing our Fafi Tecik - Cahaya Qayra Medina

Hoyee. Hoyee. Fafi Tecik yang diberi nama Cahaya Qayra Medina telah selamat dilahirkan pada 24 Januari 2011 pada jam 9.56 pagi seberat 3.39 kg, secara C-Section. Cahaya dah 24 hari baru update? Pemalas betul mama die kan?HAHA. Kenapa C-Section, tidak normal? Sebentar lagi akan saya ceritakan.=)

Cintahati Fafi





Cerita Kedua : Saat melahirkan

Cik Cahaya dilahirkan melalui pembedahan. Mau tahu kenapa? Si Fafi Tecik ini songsang!HUHU. Masa saya peknen 34minggu beliau sudah berada di tempat yang sepatutnya, iaitu kepala di bawah. Sekali masa 36minggu, beliau boleh pulak pusing balik ke atas, n tak boleh pusing-pusing balik ke bawah dah, sebab badannya dah besar, n perut saya dh tak muat untuk memungkinkan beliau melakukan pusingan summersault lagi.HUHU.

Saya jadi tak keruan ketika itu. Sangat risau. Sangat-sangat risau. Sampai masuk spital untuk kedua kalinya. Masa preggy, tiga kali saya masuk spital. Yang kali ketiga baru betul-betul deliver. Huhu. Mental saya memang tak stabil masa tu. Risau dengan Fafi Tecik sebenarnya. Doktor ada bagitau, kemungkinan Fafi Tecik songsang adalah kerana tali pusatnya. Lagi lah saya risau kan?Ada orang suruh saya berurut. Oh tidak, saya tak akan mempertaruhkan Fafi Tecik saya semata-mata mahu bersalin normal. Jadi saya mengambil keputusan, C-Section adalah jalan yang terbaik. Di saat itu, Incik Asben, Mama, Abah, Kakyong telah menjadi penguat semangat saya untuk melakukan keputusan itu. Alhamdulillah Ya Allah.

Jadi, 24 Januari telah dipilih untuk saya melahirkan Cik Cahaya. Tanpa ada kesakitan mahu bersalin, saya telah check-in di Al-Islam Medical Centre dan selamat melahirkan pada keesokan harinya. Saya berjalan sendiri ke OT untuk dioperate tau. HEHE. Lepas dibius separuh badan, dalam seploh menit lepas tu, Cik Cahaya pun keluar. =) Saya dapat rasakan yang doktor tolak-tolak, tekan-tekan perut saya, tolak baby keluar. HEHE. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila diorang tunjuk Fafi Tecik dekat saya. Ada darah lagi kat badan beliau. HUHU.

Lepas tu, perut saya dijahit kembali. Masa ni terasa badan bergoyang-goyang,ditolak-tolak. Haih, nasib baik saya tak nampak. Skeri!

Bius tahan enam jam je. Lepas tu saya diberi ubat tido sampai keesokan harinya. Lepas sedar, Allah je yang tau sakitnye. Nak bangun dari katil pun tak boleh, inikan nak berdiri. Sakit yang melampau. Sampai menangis-nangis saya nak bangun dari katil. Nurse cakap, kalau tak nak bangun, lambatlah baliknye. Disebabkan itu,saya gagahkan jugak bangun dan berjaya! Walaupun sakit ya amat.huhu. Keesokan harinya saya dibenarkan pulang bersama Cik Cahaya. Ramai yang terkejut, sebab saya kan operation, tapi boleh balik awal. Bukannya apa, saya dah boring duk spital, yela kan 3 kali kuar masuk spital. Huhu. Alhamdulillah, Cik Cahaya sihat, tanpa jaundice. ^___^


Cerita Ketiga - Pantang & Breastfeed

Pantang? Hehe. Orang kata, makanan orang dalam pantang ni tak sedap, tapi saya pernah makan Pizza n Mcdonalds masa dalam pantang tau. HAHA. Janji tak makan makanan yang dilarang ketika pantang. Tapi takdela selalu. Sekali je. HEHE. Makanan pantang yang paling saya suka, nasi putih panas dengan ikan bilis goreng garing tabur lada hitam. Perghh. Tak tahu kenapa, walaupun simple, tapi pecah kepala woo kalau makan. (^0^)

Saat bertungku memang masa untuk saya termenung. Ingat masa dulu n merenung masa depan. Macam-macam yang saya fikir, sampaikan kisah dulu-dulu yang dah nak tarikh luput pun datang kembali. HEHE.

Breastfeed. Ya! Topik ni saya suka. I'm really enjoy breastfeed my little Fafi. Saya suka sangat. Lagi-lagi bila tengok beliau makin lama makin mbam.=)) Fafi Tecik saya ni memang kuat menyusu. Bila beliau dengar suara saya, mulalah ternganga-nganga mintak susu. HEHE.

Masa sehari dua selepas bersalin, susu saya memang tak ada langsung. Memang sedih sangat masa ni. Hari pertama bersalin, Kakyong telah bekalkan susunya untuk Cahaya. Maka, officially kakyong telah menjadi Ibu Susu kepada Cik Cahaya. Terima kasih kakyong! Tapi pada malam hari kedua,Cik Cahaya terpaksa disusukan dengan Formula Milk. Cik Cahaya menjerit-jerit sebab lapar, mamanya tak ada susu. Sedih sangat-sangat masa ni. Mujurlah ada Incik Asben yang menjadi peransang dan beliau memang support saya breastfeeding ni. Alhamdulillah!^__^

Hari-hari seterusnya, susu saya makin lama makin banyak. Alhamdulillah, rezeki Cahaya. Saya sudah mula simpan stok untuk bekerja nanti. ^___^v

**************

Cerita tamat. Panjangkan ceritera saya kali ni? Asal kamu semua tau ya, post ini ditulis selama dua hari. ^___^ Yela, mana taknye, dengan Cik Cahaya bangunnya, mintak susu, bertungku lagi. Belum lagi break nak tengok tv lagi. Maka dengan itu post ini telah memecah rekod menjadi post yang paling lama ditulis di dalam sejarah penulisan karangan blog saya. Sila Tepuk.

Bersurai semua. Saya mahu cuci poopoo Cik Cahaya.

p/s: Sila tepuk lagi kerana saya berjaya menghapdet blog saya kali ini. Tepuk-tepuk.
p/s/s: Sila tepuk lagi dan lagi kerana selepas ini saya tidak tahu bila akan saya menaip lagi. Tepuk-tepuk pengakap.


Bersurai lagi.