Wednesday, September 30, 2009

Tukang Tangkap Gambar

Saya sedang giat mencari tukang tangkap gamba majlis kawen-kawen saya nanti. Lagi sekali saya naik pinin. Saya nak pakej tukang tangkap gamba yang boleh dapat murah kalau saya amik dua majlis dan dapat outdoor sekali dan cantik dan murah nak cantik tapi murah,mengade. Rata-rata saya tinguk rege lebih tiga k n saya pernah jumpa rege seploh k! gile ke hape?!gambar tak seberapa pon,tsk. Setelah pencarian beberapa lama, dengan usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, saya telah berketemu dengan dua tukang tangkap gambar ini. Dan inilah hasilnya, JENG JENG JENG

  • Anyevent Photgraphy
  • White Signature

Gambar mereka ini cantek dan memberansangkan! n harga yang agak berpatutan dengan saya yang tak berapa nak ada duit ni. HAHA. First option itu memang tak dinafikan lagi kehebatan mereka. Pameran pengantin tempoh hari, saya dan Incik Tunang ada singgah booth mereka. Service ketika itupun sudah meggambarkan bagaimana kerja mereka. Kena buat appointment ni!(^_^) Tapi ada satu masalah dengan second option, ekceli mereka ini saya suda hired untuk majlis tunang-tunang saya dulu, memang service bagus ketika majlis, TETAPI selepas majlis, saya hampir pitam jugaklah ketika jari-jemari ini mendail tak henti-henti nombor mereka untuk bertanyakan tentang album saya yang tak kunjung tiba. Janji sebulan setengah, jadi dua bulan ke tiga bulan ke empat bulan dan akhirnya LIMA BULAN. Lima bulan okay, lima bulan, saya tunggu album majlis tunang-tunang saya. Nasib baiklah saya ini berhati mulia tanpa ada kemarahan di hadapan mereka.sebenarnye dah marah berkoyan-koyan dah tapi belakangla. Saya bukan apa, memang saya sebenarnya tak nak lagi amik mereka, tapi entah kenapa hati ini seperti tertarik-tarik dengan tukang tangkap gambar itu.adakah mereka telah gunakan ubat guna-guna kepada saya?HAHAHA.Sebenar-benarnya, pakej mereka agak murah dan gambar mereka cantik. Moga-moga mereka tidak ada masalah lagi. Tak apalah, nanti saya compare kedua-dua tukang tangkap gambar ini yah!daa!

0 conteng-conteng:

Post a Comment