Wednesday, October 14, 2009

We, Together ~

Ah, today, since I didnt have so much work to do, saya ingat saya nak cerita macamana saya dan Incik Tunang bertemu. ^_^ Actually, saya dan Incik Tunang saya satu sekolah dulu, SM Teknik Persiaran Brash, Ipoh. Satu persatuan lagi, Persatuan Silat, silat?gila ganas kau fara tapi kami tak pernah kenal. uhuh. And kami mula berkenalan dua tahun kemudian, masa kami sembilan belas tahun, and guess what? Friendster yang mempertemukan kami. HAHA. Dulu ada dekat-dekat tak pernah pulak nak kenal. And we went for our very first date, after four days messaging in fs. empat hari je ok, empat hari. HAHA. Saya suruh dia tunggu kat KL Sentral, lama. Dua jam pun ada kot. Haha. Kalau sekarang suruh tunggu dua jam mesti muncung sedepa =P. And the day after, we had declare our relationship as boboi and gegel. Boboi?Gegel??aiyakk. Senang je kan? hehe. Masuk je Uni balik, oh lupe bagitau, Incik Tunang juga student UiTM Shah Alam , 1st day, kami accidentally bertemu semula dalam bas. Dia duduk saya berdiri. Huh, tak gentleman langsung, tak bagi saya duduk >:p. After dat, kami mula mengedet, ke Plaza Alam Sentral lah, Plaza Masalam lah, SACC Mall lah, sampai Giant pun kami terjah ^_^'. Macam-macam pancaroba cacamarba yang kami lalui tapi kami tetap utuh bertahan sampai sekarang. WAH! cam poyo pun ada kot. Dan sekarang kami telah bertunang, and InsyaAllah akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Ok-ok, kehidupan bertunang memang banyak dugaannya, memang sangat, okay! Selama tujuh bulan ini, kehidupan kami lebih complicated dari yang sebelumnya. Itulah orang cakap, waktu bertunang paling banyak dugaannya. Tapi takpe, akan kugagahi jua!\(^0^)/

****

Okay, let the pictures tell the story ok!

ini gambar kami ketika persembahan silat masa f4 kat sekolah. Kami ada dalam bulatan yang saya bulatkan tu, saya di belakang, Incik Tunang di depan. Kami tak kenal okay mase ni. ^_^

Ini gambar masa baru-baru kami berkapel. Sila abaikan saya *zaman jahiliyah*

ini gambar saya ketika saya konvo pula, tahun dua ribu tujuh. Sila abaikan saya lagi

ini gambar Incik Tunang masa tinggalkan saya untuk berjuang demi bangsa dan negara *sobs*

Ini pula gambar ketika kami berkelah di PD. Kat mesia takde salji, so buat kt pasir jela ye. Sekali lagi, sila abaikan saya
*zaman kegemoka
n*

Dan ini gambar kami ketika selamat bertunang. Kami malu-malu di gambar ini kerana ada ustad yang memerhati ^_^'

Ini gambar terbaru kami, baru balik dari kampung halaman, pulang beraye

Ok-ok, cukup! Saya telah ambil waktu kerja untuk entry ini. Sebelum kantoi dengan Encik Boss saya, baik saya akhiri sekarang. Daa!!



2 conteng-conteng:

RedAnna said...

ah...so sweet...

fara said...

tenkiu dear linda..

=)

Post a Comment