Wednesday, November 25, 2009

Hobi Saya Adalah Shopping

Saya seronok sampai terasa hendak menari balet ni. gedik budak ni. Ini adalah kerana saya telah melakukan hobi yang paling saya minati dan paling poket Incik Tunang tidak minati iaitu menshopping. Tapi hari ini saya tidak mengepau Incik Tunang, saya pakai duit sendiri ok. Kalau Incik Tunang ada di sisi saya ketika ini mungkin juga perbuatan mengepau telah terjadi tadi. Saya tau, Incik Tunang mungkin sedang tangis syukur ketika ini. HAHA.

Saya shopping bukan saja-saja, tetapi ini adalah kerana majlis perkahwinan sepupu saya yang mendambakan baju yang berwarna pepel untuk kaum kerabatnya. Kalau tidak ada warna tema, saya tidak akan membeli tadi, pakai saja apa yang ada. konon. ^__^

Selepas ini, misi untuk mencari selendang di Jalan TAR pula. Ini lagi saya gemar. HOYEE!

0 conteng-conteng:

Post a Comment