Saturday, November 7, 2009

oh, saya sakit

Macam kasihan dengan saya ni. Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Saya sakit lagi. Kali ini saya rasa agak teruk tapi saya berdoa agar tidak seteruk yang disangka. Sampaikan dua doktor saya jumpa, dua-dua tak tahu apakah jenis penyakit ini.

Sakit ni menyerangkan saya secara tiba-tiba. Tetiba je saya rasa mata saya disfunction, macam blind spot. Saya mengalami kesakitan kepala sebelah kiri yang maha hebat, rasa nak pengsan pun ada, diikuti dengan kebas pada mata,hidung, bibir, gusi, lidah, and paling teruk kat tangan and semuanya di sebelah kanan.

First Case

Kali pertama masa saya sedang mengedet dengan Incik Tunang, ketika saya sedang masyuk makan eskem mekdonel, sundae cone. Pehh, terasa di awang-awangan ketika itu, kerana bagi saya Sundae Cone mekdi memang tiada tandingannya walaupun ia bertanding dengan Baskin Robbin ataupun Haegen Dasz ataupun Lecka-Lecka mahupun eskem yang apek selalu jual di hadapan sekolah saya ketika darjah satu, lalu saya merengek-rengek kepada mama mahukan aiskrim itu.

Oops, saya sudah melarikan tajuk. Ok, sambung. Ketika sedang enak menikmati aiskrim, tiba-tiba saya terasa kekebasan di jari kelingking dan manis saya di sebelah kanan. Lalu ia merebak di seluruh tangan. Saya memberitahu kepada Incik Tunang, beliau kata mungkin disebabkan aiskrim itu. Saya kompius, eskem mekdi takla sesejuk ais batu atau ice blended yang bila dinikmati boleh mengakibatkan brainfreez. Saya ia kan sahaja kata Incik Tunang. Selepas seploh menit, saya telah dihidapi satu kesakitan di kepala yang amat sangat sehinggakan berjalan pun terasa susah.

Tapi nasib baik ketika itu malam, saya balik rumah, kemudian tidur kemudian esok pagi saya sihat walafiat seperti sedia kala. Ketika ini saya tak perasan mata saya ok ke tak sebab dah malam kan.

Second Case

Kali ini agak membahayakan diri saya atau paling kurang duit saya.HAHA duit saja yang kau ingat fara. Ia terjadi ketika saya sedang memandu keseorangan di dalam kesesakan lalu lintas sambil bernyanyi-nyanyi mengikut lagu tanpa menghiraukan kereta sebelah menyebelah memandang saya sambil berkata dalam hati "budak ni nyanyi syok sendiri" dan saya pun mengatakan suka hati aku lah.

Tiba-tiba mata saya jadi cam menyakitkan hati. Tak nampak kereta di hadapan! Kalau saya tengok kereta depan yang seblah kanan, saya tak kan nampak yang seblah kiri. Saya tenyeh-tenyeh mata saya, abis maskara dan eyeliner aku tapi tetap tak nampak. Saya sudah takut dan saya tawakal saja, apa nak jadi pun jadilah. Tapi Alhamdulillah, saya tiba di opis saya dengan selamatnya.

Tapi selepas itu, terjadi kesakitan kepala yang maha hebat hingga mahu pengsan di situ juga, tapi kugagahi jua. Ia disusuli dengan kekebasan yang sama dialami sebelum ini. Dan saya membuat kesimpulan, aiskrim bukan penyebabnya. yeay! ok-ok, serius kembali. Saya kemudiannya diambil pulang oleh cintahati saya iaitu Incik Tunang dan saya tinggalkan kereta saya di opis, ke klinik.

Jumpa doktor, dia tak tahu apa sebenarnya sakit saya, dan dia macam tak tahu nak cakap apa, terus tanya saya, awak banyak kerja ke? saya rasa awak stress. HAHA. Pejadahnya stress sampai boleh kebas-kebas pastu mata macam disfunction? ok-ok, saya terima sebab dia doktor, dia lebih tahu dari saya. Dan satu ayat yang membuatkan saya takut sambil kelakar, dia kata "Kalau jadi lagi lepas ni, pegi hospital, cek otak". Saya rasa nak gelak taim tu, sebab ayat dia macam katakan saya harus cek otak kerana otak saya tak center. Oh, saya faham, dia maksudkan scan otak, dan saya faham dia seorang cina. Kurang fasih berbahasa melayu. Lalu saya berasa ketakutan.

Third Case

Ia mula menyerang kembali sehari selepas kes kedua di atas, iaitu semalam. Ketika itu saya sedang melakukan kerja saya yang dateline nya harus saya kejar. Saya dapat rasakan ia akan datang kembali kerana mata saya sudah tak centre. Saya tak dapat membaca. Ok, saya beri contoh, kalau saya sepatutnya baca Malaysia Airlines Seats Allocation, saya hanya nampak M a ia i l n s S at Al c t n. Semua entry yang saya buat, kerja saya memang melibatkan special entry semuanya salah.

Saya rasa hendak menangis ketika itu, tapi saya lawan juga. Akhirnya saya dapat siapkan kerja saya sebelum dateline dan minta untuk time out. Terus saya memecut kereta ke hospital. Dan apabila saya dapat berjumpa dengan doktor, sekali lagi doktor ini tidak dapat detect apa sakit saya. Lalu dia menulis surat, minta saya berjumpa dengan pakar ASAP untuk CT Scan. Uh, saya takot.

Isnin ini saya ada appointment dengan specialist untuk CT Scan. Doakan saya supaya saya sihat seperti sedia kala. Saya set dalam otak saya yang dah tak berapa nak function ni, itu hanyalah migraine, migraine sahaja. Tsk.

1 conteng-conteng:

Aleiz said...

ziela doakan fara sihat ye..think +ve k my dear :)

Post a Comment