Monday, December 14, 2009

Tudung Nikah

Oh,oh, hari ni saya cuti, sebabnya semalam saya baru balik dari kampung, sepupu saya kawen. Ehehee, saya jadi penghantar bunga telur, bila orang tegur saya saja takde lain yg disebut, "Oh inila yang dah nak kawen tu ye?". Saya senyum saja, tak tau nak cakap ape sambil malu-malu. HUHU.

Oh, empat bulan lebih je lagi ni. Saya sedang fikirkan, tudung apa yang patut saya pakai masa majlis kawen-kawen saya nanti, terutamanya waktu nikah. Hajat di hati nak beli kat Ariani, tapi cam tak sedar diri, sebab harganya was like WOW! (T____T')menitiskan air mata sambil menitiskan peluh HUHU. Misi mencari diteruskan bertepatan dengan bajet yang dirancangkan. Dan saya amatlah tertarik dengan tudung yang telah dipakai oleh Mrs Emi, cantek sangat.


Hah, dah mula la terpikat tu. Ziela tempah di Koleksi Vispera. Sebenarnya sebelum ni beliau dah mempromot dekat saya, tapi saya rasakan lambat lagi kot nak cari semua tu. Rasenya sekarang masanya dah tiba untuk cari tu semua. Bila saya tengok tudung-tudung di Koleksi Vispera, terus jatuh chenta. Cinta pandang pertama. HAHA. And saya tertarik dengan koleksi terbaru mereka. Sweet and simple yet gorgeous. Ini yang saya cari cari sebenarnya.Saya suka tudung macam ni, yang lebih kurang macamni pun takpe. Saya tetap suka. Sweet sangat walaupun simple, rase gorgeous je kalau pakai. Kan Cik Yang Memakai Tudung Di Atas?=)


**Oops, forgot to mention, Koleksi Vispera telah mengadakan satu pertandingan untuk bakal-bakal tepanten dan kawan saya yang sangat lucky di atas, Ziela telah memenangi set tudung dari Vispera, yang beliau menangi pada bulan November untuk majlis bulan Disember. Best kan? ^__^

4 conteng-conteng:

Aleiz said...

alamak! ade muke saye lagi..heheh..asek inteprem jek.. :p

fara said...

ahahaa,awk tu sumber rujukan okeh,dah2 jgn byk bising..=))

Aleiz said...

kakakaa, baik lah...

Atiqah Adnan said...

hi..
B2B juga ea..
good luck ok..
Vispera memang menepati citarasa..
saya jamin!! ^^ gUd luck~

Post a Comment