Friday, October 23, 2009

MC oh MC

Dua hari saya MC okeh!Saya pun tak sedar macamana saya boleh saket. Sedar-sedar tekak saya saket, hidung saya tersumbat, saya terbatuk-batuk, tapi simptom-simptom yang selalu saya rasa ketika saya hampiri demam sama sekali tidak ada. Hari rabu lepas, selepas saya angkat call yang pertama di opis, customer suruh saya MC, sebab beliau sama sekali tidak faham apa yang saya cuba sampaikan. Cam suara anak dinosaur pun ada kot.HAHA. Saya terus menghandover kerja saya yang to be done kepada orang lain, dan memberitahu bos saya, saya harus MC.

Kemudian Incik Tunang, yang baru sahaja masuk opis, terpaksa keluar semula, menghantar saya pulang huhu, terima kasih sayang! Tiba saja di rumah, saya terus memecut kereta saya ke klinik. Waitinglist, saya seorang, tapi menunggu semacam saya orang ke seploh dalam senarai waitinglist. Huh! Tiba giliran saya, tabib itu lalu memeriksa saya, lalu berkata,"Awak demam ni".Dalam hati saya berkata-kata,"Eh,macamana boleh demam pulak ni?tak ada rasa apa-apa pun?".Tabib saya pada kali ini agak terel jugak, beliau tahu saja apa yang dalam kotak fikiran saya. Cam bomoh plak. Tak payah susah-payah saya nak mengexplain kepadanya. Antara soklannya yang bertepatan dengan saya ialah,"Kerja awak memang kena banyak cakap kan?"HAHA. Selepas itu, beliau terus berkata,"Saya bagi awak MC dua hari, duduk rumah, jangan banyak bercakap." Wah! Dalam sejarah hidup saya di alam pekerjaan, belum pernah lagi saya dapat MC lebih daripada sehari.^_^

Balik rumah, pekerjaan saya hanyalah, makan nasi, makan ubat, lalu tidur. Kemudian saya cycle kan ia sampai saya berasa agak sihat. Heaven je rasa duduk rumah tanpa melakukan apa-apa.

And hari ini, saya masuk semula bekerja, saya berasa agak sihat walaupun batuk saya like HELL! Lagi teruk daripada semalam dan semalam punya semalam. Tapi tidak mengapa, kerana sudah menjadi tanggungjawabku untuk melaksanakan kerja yang tertunggak. Semalam, saya betul-betul teringin nak membaham KFC. Lalu hari ini, dengan jayanya saya ke Ampang Park untuk melangsaikan keinginan saya yang satu ini, alone. Yeay! Saya sudah dapat KFC yang saya idam-idami! Saya semacam sakit hati, bila makcik di depan saya asyik pandang-pandang saya. Mesti di dalam hati beliau berkata, "budak ni mesti kera sumbang, tak ada kawan nak ajak makan". Saya lalu membalas, juga di dalam hati, "sukati akula nak makan sesorang, sukati akula nak jadi kera sumbang ke kera mendapat cincin ke".uhuh. Bukan niat di hati nak jadi kera sumbang, tapi saya ni jenis malas nak mengajak orang ke mana-mana. =)

Baru saya sedar, rupa-rupanya saya belum benar-benar sihat lagi, tadi saya rasa mahu pitam ketika mewindow-shopping tadi. Rase macam berpusing-pusing je donia, tapi tetap kugagahi jua. Lalu saya cepat-cepat beredar dari tempat hiruk-pikuk manusia itu, lalu menahan teksi, dan saya berjaya pulang ke opis semula.*wink*

0 conteng-conteng:

Post a Comment