Monday, October 19, 2009

Weekend ku

Hari ini agak bosan. Hari ini saya agak berani memakai seluar ke tempat kerja. Tak salah ok, saya tak pakai seksi pun, siap pakai baju bawah lutut lagi, jangan staring-staring saya ok?

Saya sudah dapat perkataan baru, TEPANTIN. haha. Tepantin ialah perkataan comel anak buah-buahan saya, Indah. Mau tahu apa itu Tepantin?Tepantin ialah Pengantin. Perkataan ini terkeluar ketika mama saya, kakyong saya dan saya sedang menonton majalah Persona Pengantin. Mama lalu berkata, "Cantiknye baju pengantin ni," lalu Indah berlari-lari pada mama, "Mana, mana TEPANTIN, Umi??" lalu kami bertiga ketawa berbahak-bahak.

Semalam ada satu tragedi berlaku di rumah kami. Sangat tragedi okay! Semalam, ada jamuan makan-makan ala-ala open house yang tak berapa nak open untuk keluarga terdekat. Semua makanan diletakkan di atas meja makan kami. Tiba-tiba, Prangg!!! Meja makan yang menjadi kesayangan kami sekeluarga, susah senang bersama merepekla kau ni fara, tiba-tiba, terbelah dua! Sangat sadis sigaraga okay cukup-cukupla merepek tu. Puan Mama dah mula sakit kepala sejak beliau melihat secara live di depan mata, meja itu terbelah dua ala-ala gempa bumi. Beliau memikirkan makanan yang penat dimasak sejak pagi lagi, pinggan mangkuk yang telah menjadi hobinya sejak azali lagi, pecah. Tapi amazingnya, satu saja mangkuk yang pecah, yang lain tetap utuh berdiri. Jadi, marilah kita membeli pinggan mangkuk porselin iklan sekejap agar jika berlaku lagi tragedi-tragedi yang tak diingini seperti meja terbelah dua, terjatuh atau sengaja menjatuh, tiada pinggan mangkuk akan pecah^_^. Ok, sambung ceritera. Selepas itu, kami bertungkus-lumus membersihkannya, sebelum ada orang yang datang lagi. Ketika terjadinya tragedi ini, keluarga pakcik saya ada di rumah, maka mereka lah yang membantu kami bersama-sama membersihkan serpihan kaca dan sisa makanan yang ada, sehinggakan makcik saya terpijak kaca. Kesian Angah. Nyaris mereka sudah bersantap, jika tidak ada yang harus dikejarkan ke hospital selayang ditimpa meja yang maha berat tersebut.uhuh. Terima kasih, Ayah Mie dan sekeluarga kerana mambantu. Beberapa minit selepas siap berkemas, keluarga Incik Tunang pun tiba. Nasib bek, fuhhh~

5 conteng-conteng:

Lissa Ahmad said...

rugi plak tak tangkap gambar, sebelum dan selepas kan...

Unknown said...

a'ah,tula pasal,td pun terpikir camtu..uhuhuu

Jay said...

hehehe sian nyer...so da beli meje baru??hurm...

Unknown said...

berita terkini

meja telah diganti

sekian, warta berita

=D

Jay said...

haks... meje depavali ke meje raye??haks...

sian nye la ..kat mama ye??
xpela..auntie dapat meje baru yeah!!!

Post a Comment