Friday, January 1, 2010

2010 - Dup Dap Dup Dap

Adeh, tahun yang paling nebes skali ni n InsyaAllah akan menjadi tahun terbaik dalam hidup saya. Aminn.

Semalam saya menyambut tahun baru dengan menonton cerita industan. Cool bukan?cool ke?HUHU. Shah Rukh Khan tu, rugi tak tengok. Menarik. ^__^ Saya dapat mendengar bunyi letupan-letupan fireworks, tetapi saya tetap teruskan menonton cerita industan itu.

Semalam juga, selepas pulang dari kerja, saya dan Incik Tunang singgah ke OU untuk membeli barang hantaran yang masih berbaki lagi. Sampai di Jusco, saya terlihat promoter-promoter Jusco sedang memegang dan menampal banyak kertas berwarna kuning. Kertas yang tertulis ADDITIONAL 10%. Menarik bukan? Y.E.S belum berakhir, ditambah lagi dengan tambahan 10%. Menarik. Menarik. Menarik bagi saya yang gemarkan beli dan belah ini. Penambahan 10% itu adalah bersempena dengan ini tahun baru. Bermula semalam dan berakhir pada hari ini. Saya tak dapat berlama-lama di situ kerana kaki saya sungguhlah sakitnya. Bahana membeli kasut murah. (T___T)

Ape-apepun, HAPPY NEW YEAR to all. Semoga azam yang ditanam pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Daaa~~

0 conteng-conteng:

Post a Comment