Tehehee. Tehehee.
Baru nak hapdet kah Puan Fara? Tehehee. Malu la I. TOTOP MUKA
Baiklah. Sementara mempunyai masa-masa emas ini, marilah saya mulakan tugas menghapdet ini yang telah lama saya tinggalkan semenjak saya peknen lagi. Masa saya berbadan dua, hanya tiga post sahajayang telah saya buat. Siyes takde mud do.HAHA. Maka dengan ketiadaan mud itulah, tiada hapdet tentang perihal mengandung saya. Kesian kan? Rasa menyesal la pulak.HUHU.
Banyak nak cerita ni. Saya stori satu-satu ya? ^___^
Cerita Pertama : Introducing our Fafi Tecik - Cahaya Qayra Medina
Hoyee. Hoyee. Fafi Tecik yang diberi nama Cahaya Qayra Medina telah selamat dilahirkan pada 24 Januari 2011 pada jam 9.56 pagi seberat 3.39 kg, secara C-Section. Cahaya dah 24 hari baru update? Pemalas betul mama die kan?HAHA. Kenapa C-Section, tidak normal? Sebentar lagi akan saya ceritakan.=)
Baru nak hapdet kah Puan Fara? Tehehee. Malu la I. TOTOP MUKA
Baiklah. Sementara mempunyai masa-masa emas ini, marilah saya mulakan tugas menghapdet ini yang telah lama saya tinggalkan semenjak saya peknen lagi. Masa saya berbadan dua, hanya tiga post sahajayang telah saya buat. Siyes takde mud do.HAHA. Maka dengan ketiadaan mud itulah, tiada hapdet tentang perihal mengandung saya. Kesian kan? Rasa menyesal la pulak.HUHU.
Banyak nak cerita ni. Saya stori satu-satu ya? ^___^
Cerita Pertama : Introducing our Fafi Tecik - Cahaya Qayra Medina
Hoyee. Hoyee. Fafi Tecik yang diberi nama Cahaya Qayra Medina telah selamat dilahirkan pada 24 Januari 2011 pada jam 9.56 pagi seberat 3.39 kg, secara C-Section. Cahaya dah 24 hari baru update? Pemalas betul mama die kan?HAHA. Kenapa C-Section, tidak normal? Sebentar lagi akan saya ceritakan.=)
Cintahati Fafi
Cerita Kedua : Saat melahirkan
Cik Cahaya dilahirkan melalui pembedahan. Mau tahu kenapa? Si Fafi Tecik ini songsang!HUHU. Masa saya peknen 34minggu beliau sudah berada di tempat yang sepatutnya, iaitu kepala di bawah. Sekali masa 36minggu, beliau boleh pulak pusing balik ke atas, n tak boleh pusing-pusing balik ke bawah dah, sebab badannya dah besar, n perut saya dh tak muat untuk memungkinkan beliau melakukan pusingan summersault lagi.HUHU.
Saya jadi tak keruan ketika itu. Sangat risau. Sangat-sangat risau. Sampai masuk spital untuk kedua kalinya. Masa preggy, tiga kali saya masuk spital. Yang kali ketiga baru betul-betul deliver. Huhu. Mental saya memang tak stabil masa tu. Risau dengan Fafi Tecik sebenarnya. Doktor ada bagitau, kemungkinan Fafi Tecik songsang adalah kerana tali pusatnya. Lagi lah saya risau kan?Ada orang suruh saya berurut. Oh tidak, saya tak akan mempertaruhkan Fafi Tecik saya semata-mata mahu bersalin normal. Jadi saya mengambil keputusan, C-Section adalah jalan yang terbaik. Di saat itu, Incik Asben, Mama, Abah, Kakyong telah menjadi penguat semangat saya untuk melakukan keputusan itu. Alhamdulillah Ya Allah.
Jadi, 24 Januari telah dipilih untuk saya melahirkan Cik Cahaya. Tanpa ada kesakitan mahu bersalin, saya telah check-in di Al-Islam Medical Centre dan selamat melahirkan pada keesokan harinya. Saya berjalan sendiri ke OT untuk dioperate tau. HEHE. Lepas dibius separuh badan, dalam seploh menit lepas tu, Cik Cahaya pun keluar. =) Saya dapat rasakan yang doktor tolak-tolak, tekan-tekan perut saya, tolak baby keluar. HEHE. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila diorang tunjuk Fafi Tecik dekat saya. Ada darah lagi kat badan beliau. HUHU.
Lepas tu, perut saya dijahit kembali. Masa ni terasa badan bergoyang-goyang,ditolak-tolak. Haih, nasib baik saya tak nampak. Skeri!
Bius tahan enam jam je. Lepas tu saya diberi ubat tido sampai keesokan harinya. Lepas sedar, Allah je yang tau sakitnye. Nak bangun dari katil pun tak boleh, inikan nak berdiri. Sakit yang melampau. Sampai menangis-nangis saya nak bangun dari katil. Nurse cakap, kalau tak nak bangun, lambatlah baliknye. Disebabkan itu,saya gagahkan jugak bangun dan berjaya! Walaupun sakit ya amat.huhu. Keesokan harinya saya dibenarkan pulang bersama Cik Cahaya. Ramai yang terkejut, sebab saya kan operation, tapi boleh balik awal. Bukannya apa, saya dah boring duk spital, yela kan 3 kali kuar masuk spital. Huhu. Alhamdulillah, Cik Cahaya sihat, tanpa jaundice. ^___^
Cerita Ketiga - Pantang & Breastfeed
Pantang? Hehe. Orang kata, makanan orang dalam pantang ni tak sedap, tapi saya pernah makan Pizza n Mcdonalds masa dalam pantang tau. HAHA. Janji tak makan makanan yang dilarang ketika pantang. Tapi takdela selalu. Sekali je. HEHE. Makanan pantang yang paling saya suka, nasi putih panas dengan ikan bilis goreng garing tabur lada hitam. Perghh. Tak tahu kenapa, walaupun simple, tapi pecah kepala woo kalau makan. (^0^)
Saat bertungku memang masa untuk saya termenung. Ingat masa dulu n merenung masa depan. Macam-macam yang saya fikir, sampaikan kisah dulu-dulu yang dah nak tarikh luput pun datang kembali. HEHE.
Breastfeed. Ya! Topik ni saya suka. I'm really enjoy breastfeed my little Fafi. Saya suka sangat. Lagi-lagi bila tengok beliau makin lama makin mbam.=)) Fafi Tecik saya ni memang kuat menyusu. Bila beliau dengar suara saya, mulalah ternganga-nganga mintak susu. HEHE.
Masa sehari dua selepas bersalin, susu saya memang tak ada langsung. Memang sedih sangat masa ni. Hari pertama bersalin, Kakyong telah bekalkan susunya untuk Cahaya. Maka, officially kakyong telah menjadi Ibu Susu kepada Cik Cahaya. Terima kasih kakyong! Tapi pada malam hari kedua,Cik Cahaya terpaksa disusukan dengan Formula Milk. Cik Cahaya menjerit-jerit sebab lapar, mamanya tak ada susu. Sedih sangat-sangat masa ni. Mujurlah ada Incik Asben yang menjadi peransang dan beliau memang support saya breastfeeding ni. Alhamdulillah!^__^
Hari-hari seterusnya, susu saya makin lama makin banyak. Alhamdulillah, rezeki Cahaya. Saya sudah mula simpan stok untuk bekerja nanti. ^___^v
**************
Cerita tamat. Panjangkan ceritera saya kali ni? Asal kamu semua tau ya, post ini ditulis selama dua hari. ^___^ Yela, mana taknye, dengan Cik Cahaya bangunnya, mintak susu, bertungku lagi. Belum lagi break nak tengok tv lagi. Maka dengan itu post ini telah memecah rekod menjadi post yang paling lama ditulis di dalam sejarah penulisan karangan blog saya. Sila Tepuk.
Bersurai semua. Saya mahu cuci poopoo Cik Cahaya.
p/s: Sila tepuk lagi kerana saya berjaya menghapdet blog saya kali ini. Tepuk-tepuk.
p/s/s: Sila tepuk lagi dan lagi kerana selepas ini saya tidak tahu bila akan saya menaip lagi. Tepuk-tepuk pengakap.
Bersurai lagi.
1 conteng-conteng:
woh, cam ne leh tak pasan ada update neh. tepuk pengakap. pek pek pek.
Post a Comment