Friday, November 11, 2011

Eleven.Eleven.Eleven

Tarikh cantik. Tapi luck tak cantik sangat nampaknya harini. Pagi-pagi lagi masuk kerja dah buat ai sakit jantung. Airlines cancel group booking. Mau pengsan saya bila dapat tahu. Aish. Moga dapat balik seat-seat tu semua. Kemudian, kuku saya pulak patah. Hadeh. Kau pergi tarik stapler guna kuku kenapa? Kan dah dapat habuan? T____T


Fafi Tecik saya sekarang sudah sembilan bulan, masuk sepuluh bulan. Dari tau kuek-kuek je, sekarang sudah pandai merangkak,berdiri dan meniti dan menyepahkan barang dan menggigit HUHU.

Alhamdulillah, Fafi Tecik tak banyak ragam. Jarang menangis. Senang diuruskan. Mungkin ini yang difikirkannya. "Kesian mama, ayah outstation. Cahaya takmau susahkan mama la"

*Fafi Tecik bermain dengan kotak hp acu secara diam-diam*

*mula menyepahkan barang-barang acu. syhhh.. acu tatau ni*

*kantoi!haha*

Hari ini birthday kakak cantik a.k.a retis, Putri Indah Aerissa. Eleven Eleven Eleven. Eksaited buat kek ye semalam kakak?

Indah : Anyah, birthday Indah eleven eleven tau. Indah nak present.
Saya : Eh, kan anyah dah bagi Indah masa party haritu?
Indah: Ala. Kenape? Indah nak two.
Saya : *Pengsan*


*Retis Majalah. Senin ni kuar kat Astro Oasis pulak*


Okbai.


**Incik Asben sudah tiga minggu outstation ke Labuan. Entah bila dia akan balik. Balikla cepat. Fafi Tecik rindu. Bukan Fafi Tecik je rindu, mak Fafi Tecik yang terlebih rindu HUHU.

2 conteng-conteng:

Lissa Ahmad said...

Lawan, sapa paling terel buat sepah. Cahaya ke farrel. Haha.

Retis tu apakah?

Dya Ahmad said...

Indah menang. Kalah semua.

Artis laa retis tu.

Post a Comment