Sunday, January 17, 2010

Bagaimanakah Saya Boleh Melupakan Perkara Yang Satu Itu?

Aiyak, ada satu benda yang saya terlupa. Boleh pula terlupa. Nasib baik adik saya, Cik Fatin ingatkan.

Cik Fatin: Kakyang, kakyang tak pegi kursus kawen lagi ke?
Cik Saya: Halemak, a'ahla, camne leh lupe ni?

Memang tak masuk dalam senarai things-to-do pon. Hadehlaa,kalau terlupe yang ni, memang tak kawenla jadinye. (-_-')

Sekarang ni, lepas satu, satu benda yang memeningkan kepala saya. Kekadang tu, tak abis fikir pasal satu ni, datang lagi benda lain nak pikir. Hadoii! Tsk.

Semalam, Incik Abah, Puan Mama, Puan Kakyong dan Cik Saya pergi ke KL untuk mencari barang-barang hiasan hantaran dan doorgift. Saya mengambil satu hari cuti untuk ini. Puan Mama berkata, sejak bulan ini, saya mesti mengambil cuti satu hari dalam sebulan untuk mencari barang-barang yang persiapan hari raya. Ok, ok, bukan hari raya, saya tahu. Hari kawen saya. Agak nebes bila sebut perkataan itu.

Ok-ok, berbalik kepada cerita asal. Misi tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Yang paling saya suka adalah favors untuk rombongan sebelah lelaki, sangat menarik hati. Saya tersangatlah suka! Chinta pandang pertama-lah katakan. HEHE. Moga-moga ada lebih untuk saya nanti. Saya mahu letakkan di ruang tamu rumah saya nanti. Agak tidak tahu malu berperangai begini. ^___^''

1 conteng-conteng:

RedAnna said...

haha! mcm mana lah bole lupe...rsanya itula perkara pertama patut ingat bila dah nk kawin...huhu

Post a Comment