Thursday, February 11, 2010

Anyah, Tepanten tu marah Mama die..

Hait! Berjumpa lagi kita di kurun ini seperti yang dijanjikan pada kurun yang lepas. ^___^ Windu kat kite tak?windu tak? ok, tau. Tak rindu. Tsk.

Hari ni saya nak stori tentang sesuatu yang ada kaitan jugak dengan majlis kawen-kawen ni. Tu, tajuk atas tu memang ada kena-mengena. Satu hari saya dan anak buah-buahan saya, Indah, sedang khusyuk menonton iklan-iklan yang ditayang oleh tv tiga. Sampailah kepada satu iklan ni, iklan cerita Akukah Tanggang? yang menayangkan shot seorang tepanten yang tidak mengaku ibu, dan menghalau ibunya daripada majlisnya. Lalu Indah pun berkata pada saya, "Anyah, tepanten tu marah mama die.." dalam nada yang perlahan. Tengok, budak kecil pun boleh tersentuh hati dengan perbuatan itu. Apa yang mahu saya sentuh sekarang adalah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Ada satu lagi scene yang buat saya tersentuh hati. Satu petang, ketika saya dalam perjalanan pulang dari opis ke rumah, saya telah mendengar satu caller yang beria-ia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap ibunya yang baginya telah masuk campur urusan perkahwinannya. Ya, saya faham, mungkin dia rasa tak selesa, tapi saya juga faham, ibu itu mahukan yang terbaik untuk dia. Saya faham, dia rasa tak puas hati dan ingin meluahkannya, tapi bagi saya, tak eloklah kalau dia memberitahu satu dunia tentang itu. Kalau ibunya tahu, mungkin ibunya akan berkecil kati.

Sedih. Kalau saya la, Mama adalah orang pertama yang menjadi rujukan saya untuk majlis saya nanti. Segala-galanya saya meminta pendapat Mama. Apa-apa yang saya decide saya akan decide bersama Mama. Kalau itu kata Mama, itu jugalah yang saya setuju. Saya tak faham, kenapa ada orang yang tidak boleh menerima kehadiran ibu dalam urusan perkahwinan mereka. Bagi saya, Mama adalah orang terpenting dalam persiapan majlis saya, malah dalam hidup saya. I LOVE U MAMA. Tsk.

Ok-ok. Cukup emo-emo. Saya nak stori kisah saya balik Ipoh tempoh hari. Yes! Kami dah booked pakej sebelah Incik Tunang. Harga sangat berbaloi. Pelamin, baju, mekap n bunga tangan, tak sampai 1.5k di Butik Pengantin Nasha di Tambun. Berbaloi-baloi. ^__^ Kalau kat KL ni, tak tau nak kate la regenye. Huhu. Lega. Banyak yang dah prepare untuk majlis saya nanti. Saya suke, saya suke! \(^0^)/

TAMAT.

Pelamin Bertandang: DONE!
Baju Bertandang: DONE!
Mekap bertandang: DONE!

0 conteng-conteng:

Post a Comment