Friday, June 18, 2010

Hati Gumbira

Incik Belog: Mentang-mentanglah majlismu telah berlalu pergi, kau tinggalkan diriku terkontang-kanting sendirian.

Puan Saya: Huu. Maaf ya Incik Belog. Mari aku hiburkan hatimu yang lara itu.

*************

Dialog di atas adalah suara hati antara saya dan blog ini. Baiklah, mari kita mulakan proses penghapdetan wahai Si Pemalas.

Sebenarnya ada lagi hapdet tentang majlis kawen-kawen saya. Tapi NANTIlah. Gambar tinggal di rumah. Perkataan nanti itu perlu diboldkan kerana saya tidak pasti nanti itu bila. HUHU.

Hari ini saya ingin hapdet kisah lain. Kisah apekah itu? Jeng Jeng Jeng

Takdelah jengjengjeng sangat pun, sebab telah diberitakan di Mukabuku sudah. Tapi saya tetap nak jengjengjeng jugak. sukati akulah.

Jeng Jeng Jeng

Minggu-minggu selepas kahwen amatlah membahagiakan. Segalanya membahagiakan. Dan saya juga makan dengan bahagia. Ini Siries. Ketika itu saya suka berlumba-lumba makan dengan Incik Asben. Makan tanpa kenal erti lelah. Incik Asben pelik dengan keadaan saya yang tidak semena-mena itu. Beliau lalu berkata,

Incik Asben: Yang, abg rase sayang preggy la. Tak pernah makan banyak-banyak macamni.

Puan Saya: Ye ke abg? Memandai aje abang ni. (Meneruskan usaha makan)

Pada satu hari, kami ke satu pusat membeli-belah dan terlintas di hati saya untuk membeli Pregnancy Test. Lalu terus saya bergerak ke toilet untuk menguji. Haih. Tak sabar ni. Sambil berdebar dan menggeletar tangan saya lihat pada alat itu dan jeng jeng jeng, dua line! Saya sangat terperanjat! Incik Asben telah tunggu di luar. Terus saya menghulurkan kotak itu, dan beliau senyum tak henti-henti. HEHE.

Reaksi Puan Mama dan Incik Abah sangat kelakar. Mama terkejut lalu istighfar. HAHA. Abah peluk saya sampai nak terjatuh. HEHE.

Lately, saya sakit pagi morning sickness yang tidak dapat dibendung lagi. Pagi petang siang malam saya muntah. Banyak bau-bauan yang buat saya loya. Bau masak, bau wap nasi, bau peti ais. Haih! Pening kepala telah menjadi rutin harian. Tapi tidak mengapa, demi baby tercinta akan ku gagahi jua sehingga titisan darah yang terakhir. ^___^

Sekarang baby saya dah tujuh minggu. Alhamdulillah Ya Allah. Rabu lepas saya dah pergi buat ultrasound and amazingly saya dah nampak n dengar heartbeat baby tercinta. Rasa nak nangis pun ada. ^_^

Baiklah, bersurai sekarang.

4 conteng-conteng:

Aleiz said...

sile la letak gmba ultrasound itu..hehhe

fara said...

baik!

RedAnna said...

waaahhhh..sangat seronok!!! tahniah2!!

Lissa Ahmad said...

gambar baby die kiutt sangat.. haha..

Post a Comment