Friday, July 2, 2010

Fafi Tecik Kami~

Wutwut! Gud afternoon sume! Hari ini hari Jumaat, maka saya mempunyai lebih masa untuk menghapdet blog memandangkan hari ini rehat selama dua jam. Oh, saya suka Jumaat! Pada masa lampau, setiap hari Jumaat, pada ketika ini, saya lebih gemar melilau-lilau di KLCC sambil mengganggu teman yang bernama sama dengan saya yang bekerja di sana, atau saya akan ke Ampang Park untuk menghabiskan gaji saya yang tak seberapa ini.

Tetapi sejak ada dua badan ini, saya lebih gemar merehatkan diri di opis sambil memukabukukan diri ataupun menyibukkan diri seperti ini. Orang sekeliling melihat saya akan berkata-kata, "Rajinnya budak ni. Masa rehat pun bekerja", mereka tidak tahu saya sedang buat-buat rajin untuk mengaburi mata mereka. HAHA.

Rabu lepas saya ke Pusrawi, scan my Fafi Tecik ni. Risau jugak lepas balik Karambunai haritu, sihat ke Fafi Tecik ni. Oh, nanti saya upload gambar hanimun ye! Alhamdulillah, Fafi Tecik sihat dan membesar. Terkejut I tengok. Baru dua minggu lepas scan, cenonet je baru,sekarang sudah ada kaki dan tangan. Allah's miracle. Alhamdulillah. Kali ini saya pergi dengan Incik Asben. Pertama kali Incik Asben tengok Fafi's Junior secara life melalui ultrasound. Tak lepas-lepas tengok screen, tanpa menghiraukan saya di sebelah. Cinta beralih arah. HAHA. Mau tengok? Sila-sila. ^_^


Ini Fafi Tecik saya ketika tujuh minggu. Tecik sangat kan? ^__^

Fafi Tecik telah membesar dengan jayanya. Suda sembilan minggu. ^__^


Alhamdulillah. Sudah sembilan minggu saya membawa Fafi Tecik kulu kilir. Doakan kami sihat yea! ^__^

Anda semua mesti ada yang tertanya-tanya kan, majlis kawen-kawen saya baru tujuh minggu lebih, tapi Fafi Tecik sudah sembilan minggu? Pada mulanya, saya juga kompius, saya tanya pada Incik Dokter ketika itu, saya baru saja berkahwin, macamana baby boleh dikira lebih dua minggu daripada tarikh kawen saya? Lalu Incik Dokter menerangkan, usia baby dikira bermula pada hari pertama period terakhir saya. Hari pertama period terakhir saya, dua minggu sebelum majlis nikah saya. Oh, baru saya faham! Jadi, itulah jawapan kepada persoalan-persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda. =)

Gambar dari OP saya sudah lama dapat, tapi tidak diupload-upload lagi. Baiklah, pada keluaran seterusnya akan saya muat naik, bersama-sama dengan gambar hanimun saya ye! Bai!

1 conteng-conteng:

harzharun said...

owh,,,,,dah 9 minggu...saya ttinggal la...k, dah masukkan awak dlm list must-read-hot-mommy-blog..hehe

Post a Comment